TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU SPBT
12:41 AM |
TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB GURU SPBT
Guru SPBT bertanggungjawab terus terhadap perlaksanaan dan pengurusan SPBT sekolah. Tugas dan tanggungjawab seperti berikut:
1. Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan SPBT.
2. Menguruskan bilik operasi SPBT.
3. Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat dan benar.
4. Menyediakan data enrolmen pelajar dan pelajar layak yang terkini.
5. Menyelaraskan pengagihan buku teks kepada pelajar melalui penyelaras
tingkatan/ guru kelas.
6. Menyelaraskan pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (Borang SPBT G)
7. Menguruskan dan mengemaskinikan semua fail dan buku stok SPBT dari semasa ke
semasa.
8. Menerima dan menyemak bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar
seperti diarahkan oleh Pengetua.
9. Menandatangani SAP/invois atau Nota Serahan jika diperturunkan kuasa oleh
Pengetua.
10. Menguruskan penghantaran buku teks yang diterima daripada penerbit atau yang
dirosakkan/dihilangkan oleh pelajar.
11. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit
dan yang disimpan di dalam Bilik Operasi SPBT Sekolah serta yang ditangan
pelajar dari semasa ke semasa.
12. Memastikan buku SPBT dicap dengan menggunakan cap SPBT dan mencatatkan
tarikh penerimaannya.
13. Menguruskan pelupusan buku teks dari semasa ke semasa.
14. Menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa SPBT Sekolah dan Jawatankuasa
Lembaga Pemeriksa Pelupusan Buku Teks Sekolah.
15. Melaporkan kepada Guru Penolong Kanan HEM sebarang masalah yang berkaitan
dengan SPBT untuk tindakan selanjutnya.
16. Merancang dan menguruskan baik pulih buku teks.
17. Menjadi penasihat kelab SPBT Sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR
12:40 AM |
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR YANG MENDAPAT SPBT
DALAM PELAKSANAAN SPBT DI SEKOLAH, KESEDARAN DI
KALANGAN MURID DALAM MENGHARGAI BANTUAN YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA ADALAH
AMAT PENTING. MEREKA SEHARUSNYA DIPUPUK DENGAN RASA KESEDARAN ATAS SUMBANGAN
YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN DALAM PENDIDIKA N MEREKA. OLEH ITU, MURID PERLU
MEMAINKAN PERANAN MEREKA DENGAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEPERTI YANG BERIKUT :
1) MURID SEBAGAI PENGGUNA BUKU TEKS HENDAKLAH MENGHARGAI
SUMBANGAN KERAJAAN.
2) MURID HENDAKLAH MEMPUNYAI SIKAP TANGGUNGJAWAB DAN SAYANG
AKAN BUKU TEKS DENGAN CARA :
a) MEMBALUT BUKU TEKS.
b) MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN BUKU TEKS.
c) MENGEMBALIKAN BUKU TEKS YANG DIPINJAM PADA MASA YANG DI
TETAPKAN.
d) MENGGANTIKAN BUKU TEKS YANG
DIHILANGKAN / DIROSAKKAN.
3) MENGISI MAKLUMAT DIRI YANG LENGKAP SEBAGAI PEMINJAM DI RUANG
YANG DISEDIAKAN PADA CAP SPBT
PROGRAM INOVASI BOSS
12:03 AM |
PROGRAM SisteksBBT, eMATEKS DAN KELAB SPBT
Sisteksbbt
Sisteksbbt adalah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah. Pembangunan Sisteksbbt adalah di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih.
Sisteksbbt diwujudkan untuk menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.
Program ini bertujuan untuk:
- Mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien berasaskan ICT
- Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pemantauan dan penyelarasan pengurusan SPBT di peringkat BBT/JPN/JAIN/PPG/PPD/PPDK
Sistem ini mempunyai ciri yang dapat memudahkan guru SPBT menguruskan SPBT iaitu:
- Semua maklumat dapat direkodkan melalui penggunaan pengimbas barkod (barcode reader)
- Sisteksbbt menggunakan sepenuhnya data dari SMM yang digunakan di sekolah. Oleh itu, guru tidak perlu memasukkan secara manual data murid ke dalam Sisteksbbt, memadai dengan mengimport data dari SMM
- Laporan-laporan yang diperlukan dalam pengurusan SPBT dapat dijana terus dari sistem ini
Semua laporan yang dijana oleh komputer merupakan data yang sahih atau tepat.Sebarang pengubahsuaian data oleh pentadbir sekolah akan menyebabkan sistem terhenti secara serta merta.
eMATEKS
eMATEKS ialah ringkasan kepada Elektronik Mantau Buku Teks adalah program pemantauan penerimaan dan pembayaran buku teks secara online. Ia bertujuan untuk mendapatkan status penerimaan buku teks oleh sekolah dan tuntutan pembayaran oleh penerbit di JPN dan BBT.
Melalui eMATEKS proses pemantauan akan menjadi lebih mudah dan maklumat dapat diperolehi dengan lebih cepat kerana:
- Kerana birokrasi dapat dikurangkan
- Proses penyampaian (delivery system) lebih cepat
- Maklumat dalam tempoh masa sebenar
- Dapat dicapai oleh semua pihak (stakeholders) dengan lebih mudah
- Dapat dicapai di mana-mana rangkaian internet
Kelab SPBT
Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.
Surat siaran Bil. KP (BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998: apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
Objektif Kelab SPBT adalah:
- Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh
- Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid
- Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT
- Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab-kelab lain di sekolah
- Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu
Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat.
Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab SPBT ini dapat memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama serta memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah:
- Ceramah penjagaan buku teks
- Pertandingan melukis kulit buku teks
- Pertandingan melukis poster
- Melukis mural
- Kuiz
Subscribe to:
Posts (Atom)