CREATE BY SHALINI. Powered by Blogger.
RSS

PENGENALAN



  PENGENALAN

1.1  Sejarah Sekolah
 
SMK TAMAN DAYA 2, JOHOR BAHRU
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2 mendapat nama sempena sebuah taman perumahan yang berhampiran iaitu Taman Daya. SMK Taman Daya 2 beralamat di Jalan Enau 20, Taman Daya , 81100 Johor Bahru , Johor. Sekolah ini mempunyai keluasan 10 hektar dan mula beroperasi pada tahun 2003 dengan daya sokongan para guru seramai 49 orang guru dan 912 orang pelajar.
SMK Taman Daya 2 ini dibina di atas tapak Lot 38016 oleh sebuah syarikat swasta iaitu Syarikat Light and Power Construction Sdn. Bhd dan reka bentuknya oleh Linear Archtece Sdn. Bhd berdasarkan konsep ‘Design and Build’. SMK Taman Daya 2 mempunyai sebuah blok pentadbiran , 2 blok bilik darjah, 2 blok bengkel, 2 blok makmal sains, sebuah surau , kantin, blok stor sukan, pondok jaga , tempat menunggu bas, tempat letak basikal, 34 lot tempat letak kereta guru dan sebuah tapak gelaggang permainan. Sekolah ini terletak 20 km dari pusat Bandar Johor Bahru, 3 km dari Taman Mount Austin dan 5 km dari Kangkar Tebrau dan Pandan. Laluan  ke  SMK Taman Daya 2 boleh melalui Jalan Tebrau ke Kota Tinggi dan Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke JPJ ( Jabatan Pengangkutan Jalan)
Sehingga tahun 2013, SMK Taman Daya 2 mempunyai bilangan pelajar seramai 1721 orang , guru 120 orang dan staf sokongan seramai15 orang. Kami warga SMK Taman Daya 2 bersama-sama terus mengorak langkah demi membina kecemerlangan pelajar dalam semua bidang dari tahun ke tahun selaras dengan visi “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”.

1.2 Sejarah Penubuhan “BOSS”
Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang mula dilaksanakan pada tahun 1975 merupakan satu program pinjaman buku teks kepada pelajar yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 SPBT di perluaskan kepada semua murid tanpa mengira isi rumah dan bilangan anak di semua sekolah kerajaan, sekolah  bantuan kerajaan dan sekolah menengah Agama Rakyat selaras dengan peluasan dasar SPBT kepada seratus peratus layak maka BOrang SPBT1 dan SPBT2 yang perlu diisi bagi permohonan pinjaman buku teks adalah tidak perlu. Bilik Skim Pinjaman Buku Teks di tubuhkan pada tahun 2003 bersama sejarah sekolah SMKTD2 mula beroperasi. Mula membekalkan buku teks kepada pelajar pertama di SMKTD2 seramai 912 orang pelajar. Bilik “BOSS” terletak diantara bilik Ketua Bidang dan Bilik Pengurusan Disiplin. Bilik SPBT hanya berkeluasan 20 X10 kaki dan kemudian dibahgikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian penyimpanan buku dan bahagian pengurusan SPBT. Ruangan pertama bagi bahagian pengurusan SPBT  iaitu kaunter pemulangan dan peminjaman buku teks, penyimpanan fail-fail pengurusan buku teks, komputer, sistem  sisteks dan klinik buku teks dan arkib SPBT manakala  ruangan kedua adalah bagi bahagian rak simpanan yang mana menempatkan sejumlah kecil buku-buku teks pelajar . Guru yang bertanggungjawab memastikan keperluan buku teks dipenuhi untuk semua pelajar adalah Pn. Fatimah binti Md Ariff. Beliau adalah guru SPBT sejak sekolah ini . Bersama kepimpinan beliau dan organisasi ahli jawatankuasa induk yang lain maka SPBT di SMK Taman Daya 2 banyak mengalami transformasi sehinggalah terpilih untuk menyertai pertandingan “BOSS”peringkat negeri Johor mewakili daerah Pasir Gudang. Diharap kecemerlangan ini akan terus berkekalan.

1.3 Program Pertandingan “BOSS”
Bilik Pinjaman Buku Teks adalah sebuah bilik yang berfungsi secara amnya sebagai nadi sekolah yang mana membekalkan buku-buku teks bagi kemudahan para pelajar menjalani sesi pembelajaran. Mempunyai sistem yang sistematik iaitu sistek yang memastikan semua pelajar tidak tercicir daripada memperolehi buku teks yang mencukupi dan berhubung secara terus dengan PPDM.
 Melalui pertandingan sebegini ianya dapat mengubah pandangan para guru dan pelajar bahawa bilik SPBT bukan hanya sekadar bilik bagi peminjaman dan pemulangan buku teks, malah fungsinya lebih luas dari itu. Para pelajar akan diberikan tatacara penggunaan dan penjagaan buku teks dengan baik agar ia boleh diguna pakai oleh pelajar seterusnya. Bilik SPBT adalah sumber rujukan bagi pelajar mendapatkan maklumat mengenai matapelajaran yang telah di ambil pada tahun-tahun sebelumnya. Bersesuaian dengan ruangan yang kondusif berserta anjung bacaan yang disediakan pastinya ia memberikan pandangan positif penggunaan bilik SPBT dengan lebih meluas lagi.
Program ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam memperkembang pengetahuan tentang manafaat dan fungsi bilik SPBT secara optimum kepada para pelajar. Selain itu , warga sekolah dapat menunjukkan sikap kebersamaan dan bertanggungjawab terhadap salah satu kemudahan yang penting yang telah disediakan bagi memastikan kelangsungan pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Bertepatan dengan matlamat pertandingan iaitu memberikan kesedaran dan mempeluaskan penggunaan bilik  SPBT. Amalan menjaga dan menggunakan buku teks dengan betul perlu dititik beratkan dan diingatkan setiap masa agar kelangsungan hayat buku teks dapat mencapai tahap minimum iaitu 4  tahun bagi buku teks SPBT sekolah menengah .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment