CREATE BY SHALINI. Powered by Blogger.
RSS

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU SPBT



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU SPBT
Guru SPBT bertanggungjawab terus terhadap perlaksanaan dan pengurusan SPBT sekolah. Tugas dan tanggungjawab seperti berikut:

1.  Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan SPBT.
2.  Menguruskan bilik operasi SPBT.
3.  Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat dan benar.
4.  Menyediakan data enrolmen pelajar dan pelajar layak yang terkini.
5.  Menyelaraskan pengagihan buku teks kepada pelajar melalui penyelaras                                                                         
     tingkatan/ guru kelas.
6.  Menyelaraskan pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (Borang SPBT G)
7.  Menguruskan dan mengemaskinikan semua fail dan buku stok SPBT dari semasa ke                             
     semasa.
8.  Menerima dan menyemak bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar
     seperti diarahkan oleh Pengetua.
9. Menandatangani SAP/invois atau Nota Serahan jika diperturunkan kuasa oleh
     Pengetua.
10.  Menguruskan penghantaran buku teks yang diterima daripada penerbit atau yang
       dirosakkan/dihilangkan oleh pelajar.
11.  Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit
      dan yang disimpan di dalam Bilik Operasi SPBT Sekolah serta yang ditangan
      pelajar dari semasa ke semasa.
12.  Memastikan buku SPBT dicap dengan menggunakan cap SPBT dan mencatatkan
      tarikh penerimaannya.
13.  Menguruskan pelupusan buku teks dari semasa ke semasa.
14.  Menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa SPBT Sekolah dan Jawatankuasa
      Lembaga Pemeriksa Pelupusan Buku Teks Sekolah.
15.  Melaporkan kepada Guru Penolong Kanan HEM sebarang masalah yang berkaitan
      dengan SPBT  untuk tindakan selanjutnya.
16.  Merancang dan menguruskan baik pulih buku teks.
17.  Menjadi penasihat kelab SPBT Sekolah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment